Pin It

Widgets

Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

on Tuesday 25 September 2012


Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros | Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.

Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Bermaksud "aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang anda mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Ros ini yang membawa rasa kebanggaan dan bertenaga.

Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Bunga Ros Merah: Memberi makna cinta, penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikkan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang emm menyentuh perasaan. Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya. 


Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros


Bunga Ros Putih : Sifat ‘innocence’ dan keaslian,diam penuh muslihat, kegembiraan..serta untuk merakamkan rasa ambil berat pada seseorang...and if ada rasa cinta.. rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu. Selain itu, Bunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan jugak tak bersalah.Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. Kalau nak beri aku bunga, sila beri bunga ni yek.


Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Warna ros ini adalah yang sukar diperolehi dan ia melambangkan betapa sukarnya untuk memenangi atau menambat hati seseorang.

Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Bunga Ros Kuning : Tanda pemulaan persahabatan. Jika si dia memberi bunga ini, bermaksud si dia ingin berkawan dengan anda. Haha. So kalau anda dapat ros ni, tak dapek lah peluang nak ber"cinta" dengan si dia -.- Selain itu, Ros kuning boleh jadi ros paling dibenci kerana ianya melambangkan persahabatan. Jadi, kalau tak dapat ros merah, tapi dapat ros kuning, faham-fahamlah yek. Tabahkanlah hati tu, lepas tu korang balas kat si pemberi bunga ros kuning ni dengan bunga ros hitam, mesti dia gelabah. Sebab apa? Sila baca kat bawah. Selain tu, ros kuning ni melambangkan selamat datang/ welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru bergelar ibu dan juga mereka yang bergraduasi.



Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Bunga Ros Pink : Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya anda adalah insan yang menjadi idamannya selama ini. Selain itu, Ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang. Kalau korang minat pada seseorang, korang boleh gunakan ros pink ni sebagai tanda yang korang ni merupakan secret admirer si dia. Kalau korang nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat, ros pink ini juga pilihan yang tepat kerana melambangkan penghargaan dan terima kasih. Tapi bagi lelaki kalau nampak ada lelaki selit bunga ros pink kat poket baju dia, jauhlah dia yek.

Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Bunga Ros Biru : Melambangkan sesuatu yang tak tercapai atau mustahil. Jadi sila beri gambar bunga ros biru kepada orang yang tergila-gila pada anda tapi anda benci nak mampus kat si dia haha JAHAT ::


Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros


Bunga Ros Peach : membawa maksud yang hampir sama dengan ros pink, iaitu melambangkan rasa syukur. Ia juga sesuai untuk diberi ketika menziarahi orang yang sakit sebagai tanda korang simpati terhadap si dia. Tapi tak bagi kat orang sakit pun tak apa, bagi kat kawan-kawan anda yang tengah bersedih. Tunjukkan sikit rasa simpati tu.

Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Bunga Ros hijau : Menunjukkan tanda kesetiaan, ia juga adalah warna alam yang merupakan simbol kedamaian

Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Bunga Ros Oren : Bak kata budak tadika, bunga yos oyen. Bunga yos oyen ni membawa maksud "aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Bunga ros yang membawa rasa kebanggaan dan bertenaga

Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros

Bunga Ros Ungu : warna ungu ni sebagai tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama.Ia membawa lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati yang nak tersembul keluar umpama pusat terjojol akibat dek tah tahan menanggung cinta.

Note : Kombinasi warna merah dan kuning menunjukkan kegembiraan. Kombinasi warna merah dan putih pula melambangkan kesepakatan


Ranking: 5

{ 4 ulasan... read them below or add one }

Khasiat Daun Sirdakn untuk benjolan said...

This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)

Obat Luka Berair yang Tak Kunjung Sembuh
Penyebab dan cara Mengatasi jantung Berdebar


26 November 2018 at 11:33 Reply To This Comment
Cara Mengobati Sakit Telinga secara Alami said...

This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)

Cara Mengobati Sakit Dada secara Alami

Obat Herbal Penghancur Miom


24 May 2019 at 14:39 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved